Seumur hidup aku, tak pernah lagi cuba mengenali apakah itu VISA, CARD CREDIT, MASTER CARD. Err.. bukan apa, aku belum kenal sangat benda2 ni so agak risau dengan pengendalian kewangan aku. Takut2lah nanti tiba2 kos melambung tinggi, aku Bukan byk duit pun nak ganti balik.
Bebalik kpd cerita tentang kas Bank islam baru ni, aku dengar2 desus yang mengatakan setiap student Universiti perlu menukar kad bank islam lama kepada yang baru (Debit-i-VISA) coz yang lama tu nnt slowly dorang akan blocked. Cantik la jugak kad nya. ciri-ciri kelainan yang ada adalah dia ada simbol VISA yang besar kat front kad, ada tarikh luput. yela sbb kad bank Islam lama mana ada expired date.
Bagi sejenis macam aku yang langsung tak tahu sal VISA debit ni. aku nak kongsi la mengikut apa yang telah aku pelajari sehari ini (Aiseh! baru sehari da nak ajar2org). Visa ni umpama sekeping kad yang memegang sejumlah wang yang ada dalam akaun bank kita, sama ada yang dalam simpanan atau semasa. So gores-gores jela kalau nak bayar something ke, nak beli online ke.
Sistem dia Senang aje, nak beli barang harge RM50, so gores ke, bagi no kad ke.. dia akan potong terus dari akaun simpanan tanpa kita susah2 beratur pegi kuarkan wang dari ATM.. Tapi kawal-kawal lah belanja tu yela sebab gores-gores bukan nampak baki kat dalam or dasyok sangat gores-gores sampe tak cukup duit dalam akaun.
Kalau nak Beli something kat internet tu berpadalah takut orang tipu2 kan. :)
hehe.. Ok tu sahaja blog kali ni. Sharing2 info sal kad. jakun kan... hehehe~