Thursday, 3 November 2011

Kad Bank islam Baru!! kad Debit-i Visa




 Seumur hidup aku, tak pernah lagi cuba mengenali apakah itu VISA, CARD CREDIT, MASTER CARD. Err.. bukan apa, aku belum kenal sangat benda2 ni so agak risau dengan pengendalian kewangan aku. Takut2lah nanti tiba2 kos melambung tinggi, aku Bukan byk duit pun nak ganti balik.

Bebalik kpd cerita tentang kas Bank islam baru ni, aku dengar2 desus yang mengatakan setiap student Universiti perlu menukar kad bank islam lama kepada yang baru (Debit-i-VISA) coz yang lama tu nnt slowly dorang akan blocked. Cantik la jugak kad nya. ciri-ciri kelainan yang ada adalah dia ada simbol VISA yang besar kat front kad, ada tarikh luput. yela sbb kad bank Islam lama mana ada expired date. 

Bagi sejenis macam aku yang langsung tak tahu sal VISA debit ni. aku nak kongsi la mengikut apa yang telah aku pelajari sehari ini (Aiseh! baru sehari da nak ajar2org). Visa ni umpama sekeping kad yang memegang sejumlah wang yang ada dalam akaun bank kita, sama ada yang dalam simpanan atau semasa. So gores-gores jela kalau nak bayar something ke, nak beli online ke.

Sistem dia Senang aje, nak beli barang harge RM50, so gores ke, bagi no kad ke.. dia akan potong terus dari akaun simpanan tanpa kita susah2 beratur pegi kuarkan wang dari ATM.. Tapi kawal-kawal lah belanja tu yela sebab gores-gores bukan nampak baki kat dalam or dasyok sangat gores-gores sampe tak cukup duit dalam akaun. 

Kalau nak Beli something kat internet tu berpadalah takut orang tipu2 kan. :)
hehe.. Ok tu sahaja blog kali ni. Sharing2 info sal kad. jakun kan... hehehe~




Saturday, 29 October 2011

How to Cheats For Sim medieval

Assalammualaikum~~~


Hari ni aku akan memberi tunjuk ajar macam mana nak on Cheats dalam Sim medieval. dia lain daripada game The Sims yang lain. Sim medieval memang itu jelah khas ,bukan expansion untuk the sims3. Game dia agak memuaskan juga. Banyak quest yang perlu diselesaikan. wushhh~ so aku akan kongsi seberapa yang boleh untuk post ni.

Cara nak mengaktifkan Cheats sim medieval ialah buka My computer>> Local Disk C>>Program file>>Electronic Arts>>Sim medieval>>GameData>>Shared>>NonPackages>>Command.Ini>> 

Tekan right click kat Command.Ini supaya keluar box kelabu then tgk2 ada properties

klik properties pastu hilangkan tanda "right mark" dari box "read Only". kita buat ni supaya kita boleh edit command kat dalam note tu.

Dalam note tu ada testing cheats enabled=0.  untuk enabled kan cheats kita tukar 0 tu jadi 1
meaning jadi testing cheats enabled=1 

So Bila main nanti, bila nak decorate something ada jugak keluar barang2 yang semuanya xde jadi ade.
So bila testing cheats ni dah enabled, advance cheats ade keluar. 

Just Tekan Shift+Ctrl+C
keluar lah box biru diatas screen tu. Then typela HELP

Advance dia kita bley cancel quest dan reroll dia balik. Dan Miaka pula memang main nak laju je sbb sim dalam tu jalan ciput2 sangat so aku pergi Watcher's view.. then tujukan anak panah mouse tu kat ground then tekan shift sambil click ground tu.. then kita boleh teleport segera. Cepat sampai~

Maybe ada yang bermasaalah tentang Well-Being kingdom terlalu sikit. So cara aku nak tinggi kan well-Being ialah 

1) Quest yang menawarkan well being. Certain quest juga kita kena pandai pilih karakter jadi hero. Certain hero menawarkan berbeza-beza gift lepas quest selesai. certain bagi knowledge.. certain bagi culture.. pandai2 la korang.

2)Physician kena rajin2 pergi letak ubat kat perigi di towns square.(kena ada clinic)

3)selesaikan quest assasination of ruler. Dimana kita kena bunuh ruler masa tu dengan serius. so kena lantik Raja/ queen yang baru. (kena ada assasin)

4)Perbanyakkan bangunan2 yang menggembirakan rakyat. Mase kita ada option nak pilih bangunan mana hendak didirikan dengan jumlah XP yang kita ade, kita boleh nampak bangunan ni akan tingkatkan knowledge ke.. well being ke.. culture ke.. Cth bangunan untuk well being "tavern"... "market".."clinic"..

Masaalah contohnya nak wedding dress, wedding ring , Bolt of clothes ada penyelesaiannya. Ada je kat Village of Shoppe tu cuma bila korang pergi tu dia xde.. korang kena tunggu 30 minit selepas tu. kalau xde juga korang pegi village of shoppe tu esok harinya. 






Friday, 28 October 2011

Kata Aluan-Aluan Happy Miaka

Assalammualaikum~ :D

Sebelum ni aku dah pernah buat blog juga tapi masa tu belum matang lagi so aku perbaharui . Walaupun sebenarnya banyak lagi proses yang aku perlu pelajari buat blog ni. Tak apa lah juga, ilmu juga ni kan.

aku pikir juga nak cakap apa dalam blog eh? Tengoklah dulu kalau ada berita sensasi ka, info ka. Akan di share lah sama-sama untuk di discuss and komen membina (bukan komen cerca ye).
Segala teguran positif akan terima secara professionalnya! yah~

Akhir kata, Selamat menjalani Hidup dengan CERIA~ :D wasallam.